Wednesday, July 13, 2011

apam mekar di petang hari...sambil ditemani kicauan burung (^_^)


sempena hari nie lia offday...memandangkan sangat2 lah bosan duk kat umah nie..sebab umi gi keje.. abah gi keje..ya gi sekolah..aim kat jb..li lak kat asrama...lia jer lah sorang2 kat umah nie. so... apa lagi.. lia pun try lah search2..then jumpa resepi nie...rasa nak makan apam petang2 cenggini. dengan berbunyikan kicauan burung, di waktu petang..amat sesuai sekali kalau kita menjamu APAM! hehe.. actually apam nie feveret lia...so...sudah semestinya..kalau mende yang lia suka..lia akan cuba buat! huhu. resepi nie lia amik dari sini... resepi apam mekar , so....jangan ragu2 tuk try k! sangat2 GEBU!!!

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )

  • 250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
  11. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!







Selamat mencuba!! (^_^)

No comments: