
sapa sini suka makan
dadih?
angkat tangan! (^_^)


Dadih nie haritue adik lia suruh buatkan tuk dia menjual di kolej nyer. kata nya nak cari duit lebih sikit untuk program halaqah kt UM tue. Memandangkan coti nie pun lia takder wat aper-aper, lia pun tolong la dia.
Lia kene wat 100 bekas dadih. Banyakkan?? hehe. ader empat perisa. coklat, yam, strawberry, n jagung. setiap perisa dapat 25 bekas. (^_^) . Dadih nie sedap dimakan sejuk2, lagi-lagi kalau di musim panas. sekejap jer boleh habis. hehehe. Rugi wo0kk saper yang tak suka makan dadih nie. Rasa dia manis2 susu dan structure dia lebih kurang macam agar2.
Bahan - Bahan:
1 paket dadih ikut perisa yang anda mahu (^_^)
(boleh didapati dimana2 pasaraya @ kedai)
Gula - 100gm
susu cair - 1 tin
air - 3000ml
Bekas tuk nak letak dadih.
Cara-caranya ialah:
1- Panaskan air di dalam periuk yang besarnya sedang2.
2- Apabila air dah mendidih, perlahankan api.
3- Masukkan susu cair dan gula. Kacau sehingga gula larut.
4- Masukan kesemua serbuk dadih. Kacau Bagi rata. Jangan ada ketul2.
5- Kemudian, tuangkan dadih td kedalam bekas yang anda sediakan.
(dadih nie kene tuangkan cepat2@ ketika suam2 ke dalam bekas)
6- Sejukkan dadih ini ke dalam chiller, lebih kurang sejam.
7- Selepas sejam, keluarkan dari peti sejuk. kemudian MAKAN!!!
hehehe..

(p/s: dadih nie boleh tahan lama..klu tak silap lia leh tahan dalam masa seminggu kot)
SELAMAT MENCUBA!!
No comments:
Post a Comment