Sunday, November 29, 2009

During break semester..( epsd.1: Pandan swiss roll)



salam..hye sumer, entry sebelum nie kan lia janji akan update blog selepas raya haji kan? ok, kali nie nyer entry lia adalah mengenai swiss roll. actually nak wat swiss roll nie tak susah mana. sesiapa jer leh buat. cuma sediakan bahan yang lia dah bagi nie ea.check this out!!!

Bahan-bahan:
telor- 5 biji
gula kastor- 120 gm
tepung-45 gm
baking powder-1/2 tsp
essence vanila - 1/2 tsp
butter(dicairkan) - 60 gm
air- 23ml
ovallete- 13 gm



Cara-caranya ialah:

1- Pukul sehingga kembang kesemua bahan-bahan yang lia bagi tau tue kecuali butter.Bila adunan tadi dah kembang, tuangkan butter yang telah dicairkan ke dalam adunan tersebut. Foldkan adunan tadi menggunakan tangan sehingga melted butter tadi menjadi sebati dengan adunan tadi.
2- Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas pembakar yang di lapik dengan grease paper.
3- Bakar adunan tadi selama 10 minit-12 minit pada suhu 200c.
4- Keluarkan dari bekas pembakar. Biar kan ia sejuk.




5- untuk proses menggulungkan swiss roll nie pula adalah, terbalikkan swiss roll nie ke atas kain yang bersih. atas kain tadi ditabur sedikit gula.
6- sediakan filling mengikut kegemaran anda. cth: jem strawberry or whipping cream.
7 - Setelah selesai meratakan filling ke atas swiss roll, gulungkan perlahan-lahan.
6- Dan hasilnya, anda akan dapat begini!!


hurmm..camner?? agak2 leh wat tak?? hehe, senang jer kan?? try la. klu rasa-rasa ada nak tanya aper2....tanya jer la k. jgn segan2~


SELAMAT MENCUBA!!!

No comments: